Didunia moden ini, kulit sebegini boleh kita miliki dengan rawatan kulit yang mahal, kulit produk high-end atau lapisan solek yang tebal.
Tetapi rahsia sebenar untuk mendapatkan kulit yang cantik adalah lebih kepada beberapa perkara asas. Ini mempunyai kaitan dengan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua faktor inilah yang paling penting yang mempengaruhi keadaan kulit anda.
Amalkan 6 tips dibawah untuk mendapatkan kulit cantik secara natural
Perbaharui kulit anda dengan pengambilan vitamin setiap hari dari
SHAKLEE :
i. Vitamin A membantu membaiki tisu tubuh badan, menghalang kulit
kering dan melambatkan proses penuaan. Sila pastikan untuk tidak mengambil
vitamin A berlebihan kerana ia memudaratkan. Pastikan anda mendapat vitamin A dengan
meminum susu dan memakan cheese, telur, butter, bayam, broccoli, carrot and
fish oils.
ii. Vitamin B memingkatkan proses kitaran kulit dan warna kulit. Ianya vitamin larut air, maka boleh dimakan setiap hari. Sumber vitamin B adalah yoghurt, brown bread, wheatgerm, yeast, cereal and sayuran hijau.
Air mengeluarkan toksin dari tubuh badan, maka perlu minum banyak air.
Pastikan meminum air sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari.
Tidur Untuk Kecantikan
Kulit kita yang sering terdedah
kepada berbagai agen kerosakkan pada siang hari dibaiki semasa kita tidur.Berapa
jam perlu tidur bergantung kepada induvidu. Ada yang memerlukan 8 hingg 9 jam,
manakala, ada yang hanya memerlukan 5 jam sahaja untuk membaiki kerosakkan
kulit.
Ingat, Perlu tidur untuk mendapatkan kulit cantik.
Jangan Stress
Stress dan tension
mempercepatkan pembentukkan garis-garis penuaan pada bahagian mata kita. Kalau boleh, jangan stress selalu. Mengamalkan Yoga dapat menggurangkan
stress.Alam Sekitar dan Kulit Anda
Pencemaran dan pendedahan kepada sinar ultraviolet akan merosakkan kulit anda.
Adalah penting untuk menggunakan krim atau losyen sunblock untuk menlindungi kulit anda. Pililah SPF (Sun Protection Factor) yang bersesuaian dengan corak hidup anda.
Kalau anda selalu menghabiskan masa di rumah atau pejabat, SPF 15 sudah memadai.
Kalau anda akan berada diluar selama 1 hingga 2 jam, SPF 30 mungkin diperlukan.
Kalau anda mempunyai aktiviti luar selama 2 jam atau lebih, SPF 50 mungkin diperlukan.
Kini saya menggunakan Day solution dari produk Marykay yang mempunyai SPF35
Hadkan tabiat kurang sihat
Kita semua maklum bahawa pengambilan alkohol, merokok dan dadah
bukanlah langkah kearah kulit yang cantik. Jika diambil berlebihan sudah tentu
kulit kita kelihatan tidak sihat.
No comments:
Post a Comment