Untuk Makluman semua no hp 0194582016 tidak dapat digunakan buat sementara waktu, sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang produk, skin consultation boleh wassap ke (Ayza) di talian 011-59635408 atau email : azaflower@yahoo.com . Harap Maklum, Sekian Terima Kasih...

Monday, October 22, 2012

Vitamin Utk Kecantikan Kulit


Siapa yang taknak cantik, bukan? Semua orang nak kelihatan cantik. Salah satu faktor yang menampakkan kecantikan seseorang ialah dari kulitnya 
yang gebu, mulus, licin.. Kulit yang kusam, kerepot.. pastinya akan nampak tak berseri walaupun seseorang tu memiliki paras yang menarik.

Untuk menjaga kulit, dari segi luaran tu kita boleh bersihkan, guna pencuci muka, masker dan sebagainya. Tapi bagaimana pula dengan menyerikan  kulit dari dalam? Kata orang seri dari dalam lebih berkekalan…

Terdapat 3 jenis vitamin yang diperlukan untuk memelihara kecantikan dan kesihatan kulit dari dalam iaitu Vitamin B Complex, C dan E. Saya amalkan ketiga-tiga jenis vitamin ini untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat..



Kebaikan dan fungsi Vitamin C
-Membantu pembentukan kolegen yang penting untuk menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Kolagen adalah  sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.
-antioksida yang baik
-membantu pulihkan sel akibat luka / jerawat.

Kebaikan dan fungsi  Vitamin B Complex
-Mengandungi  B2 iaitu Riboflavin yang dikenali sebagai beauty vitamin.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.
-atasi kelesuan

Kebaikan dan fungsi Vitamin E
-anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel
-anti aging vitamin
-merawat dan mencerahkan parut
-membantu kemusnahan vitamin A dan C
-membantu penyerapan oksigen

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, boleh juga tambahkan Energizing Soy Protein (ESP) secara berasingan. Fungsi ESP adalah untuk menyokong pembentukan kolagen, sekaligus menjadikan kulit lebih anjal, kenyal, gebu dan putih berseri. Ingat, protien adalah makanan kepada sel-sel badan kita.


jika anda mempunyai masalah seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan tidak sekata di sarankan anda mengambil ESP, GLA dan Alfalfa.

1) Masalah jerawat yang teruk disarankan mengambil Alfalfa kerana ia dapat membantu penyingkiran detoks atau toksik yang menyebabkan punya jerawat dan ESP dapat membantu memudarkan parut jerawat.

2) Masalah jeragat disarankan anda mengambil GLA yang dapat membantu mengurang dan memudarkan jeragat dan ESP dapat membantu menghasilkan sel-sel kulit yang sihat dan cantik dengan cepat.

3) Masalah kulit kusam dan tidak sekata disarankan anda mengambil ESP bagi membantu mempercepatkan penggantian sel kulit mati dengan sel kulit yang baru, cantik dan sihat.



No comments:

Post a Comment